ADVERTISEMENT / IKLAN

Thursday, 2 June 2011

barbican | halal or haram?

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM 1 MALAYSIA


aku ni dulu memang suka minum air bir tanpa alkohol ni, pernah dengar kan pasal Barbican? Family aku suka sangat minum sampai beli sekotak (24botol) every 2 weeks. Macam serius addicted kan kitorang? Apa-apa pun, there was no side-effects so far. Tapi sekarang dah keluar banyak isu mengenai bir tanpa alkohol ni. So, mari aku share sikit pasal a short research yang aku dah buat.

*aku akan copy & paste certain pendapat,fakta-fakta dan berita pasal bir tanpa alkohol ni*

ini dia, bir tanpa alkohol,the Barbican

1. Adakah minuman berjenama barbican ini mengandungi alkohol 0.5%?

Tidak. Minuman ini tiada alkohol langsung sepertimana yang dinyatakan oleh pemilik syarikat yang mengedarkan minuman ini di malaysia. Barbican = minuman jus buah-buahan. Barbican = tiada alkohol 0.5%. Barbican = bukanlah bir halal yang dimaksudkan itu.


2. Tapi kena barbican terkena tempias atas isu ni?

Kerana pihak berkuasa tidak menjelaskan minuman mana satu yang mengandungi alkohol maka timbul salah faham kepada pengguna malaysia. 


3. Kenapa pihak jakim tidak mendedahkan minuman mana satu yang mengandungi alkohol yang melebihi 0.5% itu?

Kurang jelas. jawapan ada pada pihak jakim sendiri.


4. Adakah minuman barbican ini mengandungi sijil halal?

Ya. Tetapi bukan sijil halal dari pihak jakim. Sijil halal ini diperolehi dari luar negara. 


Dan ini pula jawapan dari pihak jakim ;
Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini. 
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu. 
"Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam. 
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab. 
Berdasarkan kajian, ada produk yang diimport dari negara Arab itu didakwa mempunyai kandungan alkohol 0.05 peratus dan adalah haram diminum oleh pengguna Islam kerana melepasi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. -kosmo


1. Jakim tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar bir halal di malaysia.

Adakah ini bermaksud jakim tidak pernah mengeluarkan mana2 sijil halal kepada mana2 product minuman dari timur tengah? Jakim kena jelaskan apa yang mereka maksudkan disini.


2. Jakim tidak mengiktirafkan sijil halal luar negara.

Sijil halal jakim tu pun, belum tentu kebanyakkan rakyat malaysia iktirafkan pun. Berdasarkan kepada pengalaman buruk rakyat malaysia di atas kelalaian jakim sendiri.. kini boleh dikatakan hampir kebanyakkan umat islam memang terjebak kepada makanan dan ubat babi babian. Minuman? Pun babi situ sana sini. Tapi gelatin dan enzim babi memang merata dah dalam darah muslim di malaysia. Itu bukan babi je. Makanan yang halal pun belum tentu melalui proses halal dari segi penyembelihan. Dah bersepah umat islam makan dan hadam dalam darah masing2. Itu sebab perangai pun semacam. Sebab dah makan benda syubhah. Makan benda2 macam neh merapatkan diri dengan syaitan. 

Bila nak melawan nafsu kejahatan tue jadi semacam kurang. Sebab kita dan syaitan dah jadi geng. Gila apa nak lawan geng2 sendiri? Itu pasal sukar nak tegakkan islam sebenar di malaysia. Sebab makanan merosakkan hati kita. Orang yang bertanggungjawab menjaga makanan halal tidak menguruskan ia dengan baik. Malahan kita disalahkan lagi. Pandai2 lah nak hidup cari makanan halal. 

Ini kalau yang ada cop halal jakim pun boleh jadi tidak halal nak pandai2 hidup macam mana bhai? Kalau tak reti buat kerja lue angkat kaki. Jakim tanggungjawab dia memang membekalkan maklumat halal kepada kita. Itu sebab nama dia jakim. Itu bidang kuasa dia. Kalau ko nak suruh aku menapak dari satu kilang ke satu kilang utk memastikan product itu halal ataupun tidak, ko bayar lah aku gaji. Tahu lah aku buat kerja nanti. Cuma jangan saman lah bila aku sebut benda yang benar nanti. Heh

Kes ubat babi dan kebabian2 dalam pelbagai makanan dan minuman yang dah dicerna oleh umat islam malaysia memang berpunca dari kecuaian pihak jakim. Bagi lah seribu atau sedozen alasan sekalipun.. aku tetap tak nampak ia bukan salah jakim. Kalau aku budak2 umur 7,8 tahun beli janjan mana aku tahu nak fikir wehh gula2 neh ada BABI ka? Sedangkan berlambak2 gula2 yang dijual tiada cop halal/cop halal tiruan. Depan mak bapak boleh lah dia kawal anak2 jangan beli gula2 sebarangan, tapi belakang2 punya citer? 

Itu sebab bila kita report, jakim kena amek tindakan bukan diam buat taktahu. So apa guna report report report tapi sampai sekarang satusen tindakan pun tak di ambil? Contohnya jan2 dari negara china? Apasal masih dibawa masuk ke dalam malaysia? Apa ingat rakyat malaysia kebulur ke kalau tak makan jan2 yang merosakkan tubuh badan tue? Itu pasal aku cakap jakim tak reti buat kerja. Dalam erti kata lain jakim fikir bos punya dia kerajaan bn, padahal bos besar dia Allah swt. Dia fikir dia makan wang bn, padahal dia makan rezeki Allah swt. 

Sudahlah begitu.. nak memantau pun PEMALAS nak MAMPOS. Ya, nak marah aku? Ade aku nak kesah sekarang? Itu pasal bila orang dah pakai kan ko baju penguatkuasa, ko buatlah cara ko tue penguatkuasa. Bila ko dah nampak benda tak halal, ko kasi lah havoc satu dunia bahawa sekian2 product itu tidak halal.. blablabla bersandarkan bukti.. bukan nya ko pong pang pong pangPRODUCT MINUMAN JUS SEGERA DISAHKAN TIDAK HALAL SEBAB ADA JAKIM BAHLOL DALAM PRODUCTNYA.. minuman jus apa? semua jus ka? mana aku tahu. kasi lah tahu product 
apa bhai. 


3. Sijil halal luar negara tidak menepati standard piawaian dan prosuder makanan halal malaysia.

Hehehe.. kah kah kah.. koh koh koh.. ho ho ho.. jakim bangang. Macam lah sijil halal ko tue menepati standard halal Allah swt. Macam lah prosuder makanan halal ko tue menepati piawaian Alquran. Satusen jakim punya cakap pasal isu neh memang tak ley dipercayai. Dorang seboleh2 taknak mengaku kesilapan benda neh berpunca dari dorang lepas tue nak lepas tangan cakap macam2 alasan. Takde sijil halal lah apa lah segala bagai. Dan berapa lama product tue ada kat malaysia .. boleh pula bangang2 nak bagi alasan bangang2. Weh jakim.. ko memang bangang. Dari hari ko telah mendedahkan kecuaian ko berhubung isu ubat babi dari hari itulah aku telah mengangap segala kata2 ko adalah kata2 yang membenarkan babi ke dalam makanan aku. Sekian. Padan muka kita semua sebab bersatu dengan babi berkawan dengan yang haram sehidup dan semati dengan iblis.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/05/bir-jenama-barbican-haram-atau-halal.html#ixzz1O6q0psuq

itu salah satu pendapat dari bloggers yang betul-betul ambil berat pasal isu bir tanpa alkohol. Ni ade link-link dari pelbagai bloggers. Lawatlah mereka if ada masa. Lets all learn the TRUTH together (Is Jakim doing the best of their job to ensure that Malaysian's foods & drinks are HALAL? Allah'ulam. Belum nampak lagi)...


CONCLUSION? HARAM ke tak minum ni? aku dah tak nampak keHALALan barbican...dan bir tanpa alkohol yang lain-lain dah.

Nota Kaki Bigfoot : aku nak memohon maaf jika ada tersilap kata, tersilap bagi informasi or ade tersilap menyampai sesuatu yang benar. minta perbetulkan jika aku ada tersilap. terima kasih. aku hanya mahu memperingati kita sesama Islam

10 comments:

sergeant keroro said...

barbican minuman malt dari barli.

setahu aku la

syaimz said...

@sergeant keroro : ape ape pun,the sekarang barbican dah tak boleh minum sekarang.tunggu officials from jakim...ke dah?

ContxtsLenzGurlz said...

la..yeke???grandpa..owg pn ske giler air nie..tapi mama owg msti wat mke peliks tiap kli owg mnum air nie...anywy air nie bnyk djual di mekah la..xkn haram kowt??owg ad bce isu nie gak kat surat khabar metro ari slasa aritue...

syaimz said...

@naqibah : dia halal di tanah arab...tapi di malaysia haram

Ecah Ecot said...

well, bkn malaysia jek yg blh sah kan yg air 2 btol2 halal ke x..ngara islam lain pon ade kuasa..kalo tnh arab kate halal, gapo lg gak die nk pertikaikan..

ape ak nk ckp nih???huhu

p/s:xde la pulak den mabuk2 minum air ni..lalala

syaimz said...

@ecah ecot : memang tak memabukkan.tapi kita still kena was-was jugak dgn makan minum kita.kat tanah arab bukan kesemuanya dijamin halal melainkan mereka betul-betul memiliki pengesahan halal ke tidak.

Ecah Ecot said...

baekkk...slurp~slurp~*smbil mkn megi*haha

syaimz said...

@ecah ecot : haha,sikit lah!

Cik Arda :D said...

Air ni dahla jadik feveret saia. tetiba haram. memang terkejut siot !huhu

syaimz said...

@cik aida : me too ):
tapi sayangnya dah no longer halal dalam malaysia.huhu