ASSALAMUALAIKUM
right after settle assignment 1st dari pihak UBM,
now tibanya the 2nd assignment!!
*simple sangat,i can do it on my eyes closed!*
so,let me give some details on this NEW assignment!
*sila baca sendiri di webpage official UBM*
so,antara tiga sunnah yang aku tahu
yang boleh dishare bersama is :
(di copy dan paste dari banyak webpage)
SUNNAH PERTAMA
Setelah kita meninjau kehidupan Rasulullah SAW di sudut rumahtangga baginda dalam nota sebelum ini "Rumahtangga Rasulullah SAW: Sebagai Rasul, Suami dan Bapa", mari kita keluar melihat bagaimana kehidupan baginda bersama para sahabat. Rasulullah SAW mendidik dengan sikap dan akhlak. Setiap katanya dikota. Pada peribadinya terhimpun seluruh kandungan Al-Quran, lahir dan batin, hinggakan Ummul Mukminin Siti Aisyah r.ha mengatakan Rasulullah ialah Al-Quran bergerak.
Rasulullah adalah model cara hidup Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. Beliau merupakan figur yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya. Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah SAW, maka para sahabat rela berjuang, susah dan senang bersama baginda. Cita-cita dan harapan Rasulullah menjadi cita-cita dan harapan mereka. Dengan kesatuan itu,mereka sanggup mati mempertahankan Rasulullah SAW.
Setiap tutur kata, gerak gerinya adalah didikan buat para sahabat. Beliau berpegang teguh dengan prinsip "guru melakukan dulu apa yang diajar dan dididik". Kerana tanpanya, membuatkan anak didik bersikap mensia-siakan ilmu sehingga ilmu hanya untuk kebanggaan bukan untuk diamalkan.
Kaedah paling tepat menyampaikan tujuan pendidikan ialah dengan mewujudkan hubungan rapat dan mesra antara guru dan murid. Dengan itu Rasulullah SAW bertindak mengenali dan mengasihi para sahabat dan bermesra dengan mereka bagaikan ayah dengan anak-anak.
Dengan itu setiap pengajaran, setiap hukum hakam Allah yang disampaikan kepada mereka, bukan sahaja diterima bahkan diamalkan dan diperjuangkan dengan rela hati sebagai cita-cita hidup. Mereka berkorban apa saja hingga rela berkorban segala-galanya demi untuk Allah dan Rasul.
Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak. Ia mampu membeli hati-hati manusia sekaligus menyatukannya dalam satu barisan yang teratur dan kukuh. Walhal menyatukan hati manusia adalah kerja yang amat payah.
Firman Allah:
وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡۚ
" Jika kamu belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk menjinakkan hati manusia nescaya kamu tidak dapat melakukannya. Tapi Allahlah yang menjinakkannya". (Surah Al-Anfal 8:63)
Dengan akhlak yang mulia sesiapa saja yang bergaul dengan baginda akan tertarik, sayang dan rindu untuk selalu bertemu. Hatta orang kafir pun jatuh hati dan akhirnya memeluk Islam. Maka tidak hairanlah mengapa para sahabat rela menyerahkan jiwa dan raga, hidup dan mati untuk bersama baginda mempertahankan hak Allah.
Dari segi pergaulan, sekalipun baginda Rasul pesuruh dan kekasih Allah, baginda sangat merendah diri dan menginsafi dirinya sebagai hamba Allah. Baginda tidak memilih kawan, pun tidak mengasingkan diri dari para sahabat. Baginda berkawan rapat dengan para sahabat dan menyayangi semua orang yang beriman.
Baginda tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah orang tua yang penuh kudis dan miskin. Hanya diam bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang badwi hingga berbekas merah dilehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
Firman Allah:
لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬
"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dikalangan kamu, sangat susah dengan kesusahanmu, mengingini keselamatan bagimu dan sangat sayang terhadap orang-orang mukmin". (At- Taubah 9:128)
Baginda Rasulullah hidup bersama-sama sahabat. Setiap waktu sembahyang, mereka berjemaah bersama-sama. Ketika makan, mereka berkeliling dalam satu hidangan. Baginda duduk bertemu lutut dengan para sahabat. Bila ada sesuatu yang hendak dirundingkan, berbisik-bisiklah baginda dengan sahabat-sahabatnya. Duduk tidak pernah tinggi dari sahabat, pakaian tidak berbeza dengan sahabat. Baginda bercakap dan bermesra bahkan bergurauan dengan sahabat.
Kalau ada sahabat yang tidak kelihatan olehnya, pasti baginda akan bertanyakannya. Baginda akan ziarah ke rumah sahabat, sama-sama menguruskan jenazah dan hadir ke kenduri bersama sahabat. Baginda tidak membuatkan dirinya lebih istimewa daripada sahabat-sahabat. Susah sama ditanggung, senang sama dirasa.
Sikap dan akhlak begini membuatkan sahabat-sahabat sentiasa melihat, belajar dan terdidik untuk mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Mudah bagi sahabat meniru, membaiki kesilapan dan bertanya atas sebarang masalah yang timbul. Sahabat-sahabat juga mudah untuk melaporkan apa-apa perkembangan semasa kepada Rasulullah. Dan setiap wahyu tersebar dengan cepatnya.
Inilah seni Rasulullah dalam membina dan membentuk masyarakat Islam.Bertitik tolak daripada seni di dalam bersahabat, memimpin dan mendidik inilah Rasulullah SAW berjaya membina sebuah masyarakat yang utuh, kukuh dan berpengaruh. Dari sanalah terbentuknya generasi contoh yang pertama yakni para sahabat yang dapat melaksanakan kehendak Al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, hasil pengaruh didikan Rasulullah ini perlu dicontohi oleh generasi kemudian termasuk kita di akhir zaman ini.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ،
اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarga Muhammah sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
[Al-Bukhari: 3190]
SUNNAH KEDUA
Sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.
The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.
Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari
1] jari manis2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.
Perhatian
Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.
DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))
SUNNAH KETIGA
as for yang ketiga ni,
aku nak senaraikan lebih sedikit lah,
beruntung juga dapat mempelajari. mengetahui dan mempelajari sunnah sunnah kan? (:
Cerdasnya seorang yang beriman adalah kerana dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat ini untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu untuk bertemu dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita, tetapi mati adalah awal cerita, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaklah kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
Ketujuh sunnah Nabi Muhammad SAW itu adalah:
Pertama, Tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua, membaca Al-Qur’an
sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid
terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat, jaga solat Dhuha
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima, jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam, jaga wudhu
terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa sedang solat walaupun ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Dzikir, adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang akan berzikir, oleh itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.
“zikir merupakan makanan rohani yang paling bergizi,” katanya, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat dijauhkan sehingga jauhnya umat manusia dari sifat-sifat haiwan yang terdapat pada materialisme dan hedonisme.
YES!
selesai sudah assignmnet aku (:
syukur alhamdulillah dapat berkongsi bersama semua mahasiswa/i UBM (:
minta semua mahasiswa/i dapat sama sama berkongsi pengetahuan dan info mengenai
sunnah sunnah dari Rasul kita yang tercinta, Rasullullah (:
HEBAT!
9 comments:
Nice entry. well done. :)
engkau punye?
eh,dah enroll dengan UBM tak??
fuh..panjang nyer........
hahaha,aku pun baca sepintas lalu jer cik duyung XD
wow! :)
@taufiqhelios : aku ttba rajin :p
alhamdulillah~ hehe
singgah dari UBM :)
@herda_husna : (:
@anah samsudin : silakan (:
Post a Comment