ASSALAM & SALAM 1 MALAYSIA
persoalan untuk anda,
"
aku nak masuk degree nak makan,minum,beli buku,laptop,topup guna duit siape? mak bapak? mereka mampu untuk memberi tapi aku ni sudah cukup berdikari, berkemampuan untuk mencari sendiri. ape kata kalau aku mencari penajaan untuk memudahkan aku sambung belajar? "
so jawapan korang mungkin ;
- biasiswa?
- pinjaman?
- ah long? *jangan sesekali cuba*
- duit simpanan sendiri?
- still makbapak or known as fama (father-mother)
tahniah aku ucapkan kepada mereka yang dapat menyambung degree di universiti-universiti yang diidami. seronok lah kan dapat course yang memang diidam-idamkan sampaikan terjun bangunan cium konkrit pun manis kan? tapi nak hidup kat sana mesti ade ka-ching (duit). aku faham korang kaya raya dan bukannya macam aku yang biasa ini. memanglah korang berkemampuan untuk belajar dimana-mana jua. memang rezeki kan? alhamdulillah. kalau mereka yang tidak berkemampuan? nampaknya mereka hanya boleh bergantung kepada either pinjaman or biasiswa.
so mana yang korang nak pilih? ke nak aku bagi brief explaination apekejadah pinjaman & biasiswa ni?
Pinjaman - a sum of money yang korang telah berjanji menuruti terma dan syarat di dalam contract di mana korang akan bayar full selepas tamat tempoh perjanjian itu. contoh : pinjam 50,000 untuk sambung degree, lepas habis degree bayar full.
Biasiswa - satu lagi kontrak perjanjian di mana korang juga terikat pada terma dan syarat tetapi korang ditaja 100% tanpa membayar balik. contoh : aku dapat biasiswa ini-itu-ini-itu, so aku tak payah bayar balik.
INFO KHAS - ada contract pinjaman where pinjaman akan diconvert menjadi biasiswa. kebiasaanya jika korang graduate dengan cgpa 4flat. serious.
alright, ini mesti korang suke. ape jenis tajaan untuk aku sambung degree? aku hanya akan listkan 3 sahaja. *make sure sentiasa up-to-date mengenai penajaan biasiswa/pinjaman tau*
4. entah
so far. mana yang sesuai? Meh aku citer sikit. Ahem-ahem.
bagi mereka yang memohon MARA, selepas tamat pengajian, korang akan dapat potongan pinjaman sekiranya lepas terma dan syarat tertentu. contohnya lepas either cgpa 3.0, 3.5 or 3.67. aku tak sure. depending on contract. tapi yang korang perlu tahu, score 4flat, pinjaman diconvert jadi biasiswa.
bagi mereka yang memohon JPA, selepas tamat pengajian, korang hanya perlu bekerja dengan kerajaan selama 5 tahun more or less tak silap aku. cadangan aku, sila bekerja di luar negara. mungkin dapat dilepaskan.
bagi mereka yang memohon PTPTN, selepas tamat pengajian, korang kena pay back full ape yang dipinjam. score cgpa 3.5. kurang sikit kan? tahniah, you're pinjaman is converted to biasiswa. nice.
ade faham? oh, nak amek mane satu? actually ade a few ways nak dapat.
1. certain degrees at certain universities, bagi mereka yang memohon JPA/MARA boleh dapat. ade yang tak boleh memohon sebab pinjaman/biasiswa tidak ditawarkan kat universiti or course itu.
2. penajaan MARA tak sponsor mereka yang sambung degree di dalam negara melainkan, mereka tu memang dah diofferkan since lepasan SPM (contoh macam aku, fast-track MARA kat UTM, foundation 5bulan, degree 4tahun). penajaan MARA kebiasaannya diberi hanya kepada piln (program ijazah luar negara). dengar cerita boleh juge sponsor lepasan asasi/matrik? entah. rumors. gi carik sendiri.
3. ade yang masuk degree, seminggu dua lepas tu, keluar lah borang permohonan tajaan JPA, so dah mohon, sebulan lepas tu dapat result and lulus. so syukur sebab sudah mendapat pinjaman. tahniah.
4. ade yang masuk degree, tapi tak boleh mohon JPA/MARA for the 1st sem...so mohon PTPTN dulu, guna duit pinjaman tu untuk 1 sem. if pointer bagus, mohon lah penajaan JPA/MARA. jika diluluskan, drop lah PTPTN tu. remember to pay back what you borrowed. budak-budak diploma selalu guna cara ini.
Rujukan tambahan :
2. Otak kepala Syaim
So, aku harap aku dapat membantu korang ni yang bakal masuk degree di universiti-universiti mana entah pada bulan 9 ini. nasihat aku : belajarlah ke arah puncak menara gading. ingat pesanan mak bapak. siapa yang masuk UTM pada Sept 2011 ni, jangan sombong tegur aku. if ade kesilapan or kesalahan fakta/ejaan. roger aku. terima kasih